Sunday, June 12, 2011

Selamat tinggal daratan

Selamat kembali dunia pelayaran, 
hidup bersama ombak-ombak besar yang pasti mengerikan.
bersama gelap gelita bertemankan bintang
sesekali pasti datangnya hembusan angin dan titisan hujan
yang pasti mengamit rindu pada daratan

mungkin seketika atau mungkin kekal disana
kerana yang datang itu adalah ketentuan
selagi aman,pasti kembali menjengah 
namun tekadkan azam demi tanah tumpah
kerana disanalah rezeki yang mencurah

jika gentar mengapa harus mencuba
mengapa pula datang mendabik dada
pelayaran ini jadikan kau syahid
andai mati mu dengan kalimah
demi tanah tumpahnya darah
dan demi menegakkan agama Allah




No comments:

Post a Comment