Saturday, June 25, 2011

Lesu untuk seharian

Hari ni rasa terlalu memenatkan, sedar-sedar dari tido dah ptg..perut pun mula la terasa berlagu.So kedai mamak first,isi perut sambil mengupdatekan blog untuk cerita semalam.Ops Gerhana punya penangan! 4 pagi td baru bersurai. Perhh, mcm mn plak dengan 11 Jul ni,mau lemau masa tu..3 hari 2 mlm lagi nak berjaga.......nak pastikan tanah tumpah darah tercinta ni aman.Sabar ye,yang penting gaji dah kluar semalam..plan baik nak ke alor setar hari ni terpaksa di batalkan sbb dah tak larat nak drive.Sory my friend yang menanti kat sana..next time blh lagi.Ni pun mesti ramai lagi aku comfirm tak bangun tido.
      Kalau sebelum ni kepenatan kena excercise mcm ni tak terasa sgt sbb ada yang setia menemami,tp hari ni semua tu mgkin takde lagi.Sebab sahabat setia aku tu dah takde.Biasa la orang bila dah berjaya,mana nak ingat lagi kawan masa susah senang.Apa pun aku tetap harap dia bahagia dengan dunia dia.Aku? mcm ni la..mcm mn dia kenal aku 4 tahun lps,sama jgk dgn sekarang.Takde yang berubah.Kawan blh datang dan pergi,tp cinta tak mungkin hilang..ermm,haha.

Kusyuk dengar taklimat,tapi bergambar semestinya 
     Semalam punya cerita tak habis kat sini,11 jul ni bapak punya Ops akan muncul kembali.Nak cerita banyak tak dapat la sbb banyak yang sulit dari pengetahuan umum.Ops sana sini dah tak penting,yang penting setiap latihan kena telus dan bersemangat sbb jika masa aman ni kita tak dimandikan dengan peluh mungkin di medan peperangan kita akan di mandikan dengan darah.Aku harap semua kawan akan pegang prisip tu.Sebab siapa la kita kalau bukan untuk memastikan keamanan ni kekal sampai bl2...insyaallah.
     

Wednesday, June 22, 2011

Lagi 5 % Ke Putrajaya?

Suara PR hari ini dengan bangganya menyatakan keghairahan mahu ke putrajaya. Anwar mahu jadi PM? 
Mimpikah golongan-golongan ini? yang penting rakyat sendiri sudah pandai menilai dan ramai yang mahu katakan tidak pada PR. Sama-sama kita tunggu dan lihat atau PR hanya sekadar bermimpi disiang hari!. 




Monday, June 20, 2011

Berfikir Untuk Diri sendiri

Hari ni dah letih untuk bersuara lagi atau memikirkan tentang semua yang tak mampu merubah sesuatu.
Jadi ada baiknya diam seribu bahasa kerana kelantangan bersuara boleh menambahkan masalah dan mendatangkan amarah untuk diri mahupun org lain.


Yang penting, jangan pilih jalan gelap kerana kegelapan blh buat kita tersungkur jatuh atau makin jauh dari apa yang diimpikan.


Jadi jom berfikir seribu kali sebelum tersungkur.
Bukan mengalah tapi sekadar mengakui kelemahan.
Meskipun disertakan usaha yang gigih,tidak semua orang mampu faham dan melihat apa yang kita lakukan.



Saturday, June 18, 2011

Jom Sokong !! Syabas untuk penulis Blog ini.


Esok kita bakal bertemu!!! Jam 3 petang, di KSS..!!!




Assalamualaikum dan salam 1Malaysia,

Sukacitanya dimaklumkan kepada semua rakyat yang cintakan keamanan, bencikan kekacauan, bencikan kekecohan dan bencikan politik jijik...

ANDA SEMUA DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI...

MAJLIS PELANCARAN "LAWAN PERHIMPUNAN BERSIH"
LOKASI : KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU, KUALA LUMPUR.

Saya difahamkan bahawa majlis tersebut bakal menampilkan Datuk Ibrahim Ali, Datuk Zulkifli Noordin, Datuk Seri Zahrain dan anggaran lebih 50 NGO untuk sama-sama berhimpun di sana, esok.

Selain itu, saya juga difahamkan bahawa ramai blogger-blogger top ranking turut menyatakan komitmen mereka akan menghadiri majlis pelancaran itu.

InsyaAllah, jika diizinkan Allah, saya akan turut berada di KSS esok. Bagaimanapun esok, saya akan hadir sebagai pemerhati untuk mengekalkan diri sebagai blogger "anonymous". Keepin' myself to be low profile all the time. See you all...there...tommorrow!

Ayuh kita bantah perhimpunan KOTOR 2.0 yang dianjurkan oleh "RATU PLURALISME MALAYSIA", Ambiga Sreevanesan..!!! Ambiga tidak perlu diberi muka untuk melakukan kekacaua di Tanah Melayu ini. Sekiranya dia mahu terus melakukan kekacauan, dia wajar dihalau balik ke India, tanah nenek moyangnya. Di India, Ambiga boleh buat sesuka hati mak bapak dia!

Sunday, June 12, 2011

Rumah kecil

Setelah bertahun menanti akhirnya siap sudah 


F-L3-19 Bukit Permata Lumut 


tempat menghabiskan masa meng-update blog


yang penting kunjungan yang sgt bermakna,
terima kasih sbb sudi menjengah rumah kecil saya.



ni lah si budak kecik yang menghidupkan suasana

Hari ini rumah ini kembali sunyi kerana suara-suara itu sudah tiada, tp kenangan masih tetap tersimpan di sebalik rumah kecil ini.

Selamat tinggal daratan

Selamat kembali dunia pelayaran, 
hidup bersama ombak-ombak besar yang pasti mengerikan.
bersama gelap gelita bertemankan bintang
sesekali pasti datangnya hembusan angin dan titisan hujan
yang pasti mengamit rindu pada daratan

mungkin seketika atau mungkin kekal disana
kerana yang datang itu adalah ketentuan
selagi aman,pasti kembali menjengah 
namun tekadkan azam demi tanah tumpah
kerana disanalah rezeki yang mencurah

jika gentar mengapa harus mencuba
mengapa pula datang mendabik dada
pelayaran ini jadikan kau syahid
andai mati mu dengan kalimah
demi tanah tumpahnya darah
dan demi menegakkan agama Allah




Friday, June 10, 2011

HaTi YaNg MeRaSa

Mata melihat
telinga mendengar
mulut berbicara
tetapi hati yang merasa

Nadi masih berdetik
nafas masih menghembus 
adakah masih ada rasa
atau bahagia itu sudah tiada

hanya masa 
hanya pada yang Esa
dah hanya pada 
hati yang merasa
atau akan pergi selamanya

Thursday, June 9, 2011

NoRa EleNa





KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci.