Alhamdulillah..selagi terdaya mau jgk aku menaip untuk semak-kan page ni. Maklumlah budak baru belajar..masih byk jugak cerita mau di kongsi untuk tatapan kawan2, tp mungkin masa agak terbatas..manakan tidak, keje bersepah kat opis..keje yang tak pernah selesai. Kadang2 dicelah2 kesibukan tu datang pulak idea2 baru, tp asal blk je hilang tah kemana.
Hari ni rasanya takde kot yang menarik berlaku dalam hidup aku melainkan rutin biasa sebagai pekerja yang makan gaji. Lagi pun mood agak 'slow' berbanding hari2 sebelum ni. Biasalah, manusia mana yg takde masalahkan?...apa pun aku cb tabah menghadapi sbb bagi aku semua tu dah lumrah hidup..
Sebenarnya yang lebih penting aku nak lahirkan rasa syukur sebab sedar tak sedar pada 26 sep ni genaplah 10 tahun aku dalam kerjaya sekarang. Rasa mcm baru semalam je aku berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Masakan tidak, pejam celik je dah nak masuk tahun ke 10. Bermakna tinggal lagi 11 tahun je sebelum menamatkan perhidmatan. Insyaallah, kalau dipanjangkan umur bersara la dalam umur 39 tahun. Muda lagi kot...so biasa la, yang penting planing apa nak buat lepas tu. Tapi sesekali teringat balik kenangan lama masa mula dlu blh buat aku rasa serik...sebab terlalu banyak dugaan bila hidup merantau. Bila pikir soal rezeki, nak tak nak kenalah hadapi walau seteruk mana pun. Hari ni alhamdulillah, berkat kesabaran, wlu tak semewah org lain dapat jugak la aku beli pape yang patut sebagai harta dan bekalan untuk hari tua...yang penting tak sabar sgt2 aku nak kembali ke kehidupan asal aku..mudahan Allah panjangkan umur keluarga aku sbb dah sekian lama aku impikan nak lalui saki baki kehidupan lepas bersara kelak bersama kalian.Insyaallah....
Rasanya kalau nak cerita semua memang agak panjang, tapi sebelum terlupa aku harap sgt org penting dalam hidup aku sekarang tabah menghadapi jatuh bangun bila kita berpijak di atas kaki sendiri..Dunia kerjaya kita mungkin berbeza tp aku yakin matlamat kita tetap satu..mencari rezeki di bumi Allah ni. Selagi halal berusahalah setakat yang termampu dan bersyukur dengan setiap apa yang ada. Sesungguhnya rezeki tu datang dari Allah..Tentang apa yang diimpikan, insyaallah..tawakal dan banyak2 la berdoa. Sebab semua tu jgk di atas keizinan Allah..Harap2 nama ni sentiasa ada dalam ingatan kamu.........Buat arwah ayahanda tersayang, Al-fatihah...semoga Allah curahkan rahmat ke atas rohnya..Tempoh 8 tahun pemergian masih tetap terasa kehilangan, begitu jugak rasa terkilan kerana tak sempat tangan ini memimpin disaat Akhir hayat..Namun doa sentiasa tercurah buat ayahanda..Hanya itu mampu mendekatkan kita......Amin.

No comments:
Post a Comment