Monday, May 23, 2011

Pejam Celik

Alhamdulillah..selagi terdaya mau jgk aku menaip untuk semak-kan page ni. Maklumlah budak baru belajar..masih byk jugak cerita mau di kongsi untuk tatapan kawan2, tp mungkin masa agak terbatas..manakan tidak, keje bersepah kat opis..keje yang tak pernah selesai. Kadang2 dicelah2 kesibukan tu datang pulak idea2 baru, tp asal blk je hilang tah kemana.
Hari ni rasanya takde kot yang menarik berlaku dalam hidup aku melainkan rutin biasa sebagai pekerja yang makan gaji. Lagi pun mood agak 'slow' berbanding hari2 sebelum ni. Biasalah, manusia mana yg takde masalahkan?...apa pun aku cb tabah menghadapi sbb bagi aku semua tu dah lumrah hidup..
Sebenarnya yang lebih penting aku nak lahirkan rasa syukur sebab sedar tak sedar pada 26 sep ni genaplah 10 tahun aku dalam kerjaya sekarang. Rasa mcm baru semalam je aku berkecimpung dalam dunia pekerjaan. Masakan tidak, pejam celik je dah nak masuk tahun ke 10. Bermakna tinggal lagi 11 tahun je sebelum menamatkan perhidmatan. Insyaallah, kalau dipanjangkan umur bersara la dalam umur 39 tahun. Muda lagi kot...so biasa la, yang penting planing apa nak buat lepas tu. Tapi sesekali teringat balik kenangan lama masa mula dlu blh buat aku rasa serik...sebab terlalu banyak dugaan bila hidup merantau. Bila pikir soal rezeki, nak tak nak kenalah hadapi walau seteruk mana pun. Hari ni alhamdulillah, berkat kesabaran, wlu tak semewah org lain dapat jugak la aku beli pape yang patut sebagai harta dan bekalan untuk hari tua...yang penting tak sabar sgt2 aku nak kembali ke kehidupan asal aku..mudahan Allah panjangkan umur keluarga aku sbb dah sekian lama aku impikan nak lalui saki baki kehidupan lepas bersara kelak bersama kalian.Insyaallah....
Rasanya kalau nak cerita semua memang agak panjang, tapi sebelum terlupa aku harap sgt org penting dalam hidup aku sekarang tabah menghadapi jatuh bangun bila kita berpijak di atas kaki sendiri..Dunia kerjaya kita mungkin berbeza tp aku yakin matlamat kita tetap satu..mencari rezeki di bumi Allah ni. Selagi halal berusahalah setakat yang termampu dan bersyukur dengan setiap apa yang ada. Sesungguhnya rezeki tu datang dari Allah..Tentang apa yang diimpikan, insyaallah..tawakal dan banyak2 la berdoa. Sebab semua tu jgk di atas keizinan Allah..Harap2 nama ni sentiasa ada dalam ingatan kamu.........Buat arwah ayahanda tersayang, Al-fatihah...semoga Allah curahkan rahmat ke atas rohnya..Tempoh 8 tahun pemergian masih tetap terasa kehilangan, begitu jugak rasa terkilan kerana tak sempat tangan ini memimpin disaat Akhir hayat..Namun doa sentiasa tercurah buat ayahanda..Hanya itu mampu mendekatkan kita......Amin.





Sunday, May 22, 2011

Sahabat

Hari ini aku tahu kau tidak dapat bersama mengharungi saat-saat kesusahan ini. 
Jangan bimbang, pasti tiada sikit pun perasaan hampa kerana semestinya aku mengerti akan dunia baru yang sedang menjulang kau di sana.
pada aku, biar aku berpijak di bumi nyata dari terus mengharapkan sesuatu yg semestinya kau tidak akan datang membantu. Namun aku bersyukur dikurniakan sahabat terbaik seperti kau setelah sekian lama.. kerana kaulah sahabat yang cukup sempurna.

Monday, May 16, 2011

Modenkah kita?


    Atau masih tidak bertamadun?


mungkin ini cuma biasa?


atau

kita telah lupa?

pada apa yang telah diriwayatkan:-

"sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan terjadi kerusuhan". para sahabat bertanya "kerusuhan apakah ini wahai Rasullullah ?" Baginda menjawab "pembunuhan."Mereka bertanya "apakah lebih banyak pembunuhan daripada pembunuhan yang kami lakukan?"
"Sesungguhnya kami pernah membunuh tujuh puluh ribu org lebih dalam setahun."
Baginda menjawab, bukankah kamu membunuh kaum musyrikin tetapi yang terjadi itu ialah sebahagian kamu membunuh sebahagian yang lain (sesama kaum muslimin). "Mereka berkata ; "kami kan punya akal waktu itu." Baginda bersabda; "Kebanyakan manusia waktu itu hilang pertimbangan akalnya dan digantikan oleh manusia-manusia debu yang kebanyakan mereka mengira berpegang pada kebenaran padahal tidak sama sekali."






-----untuk renungan bersama----






Sunday, May 15, 2011

Berbeza tapi sama


Teman karib yang menghiburkan


Opss!! Jangan lihat di sini  alia zarfullah,
ini mungkin berbeza dari minat saya. HAHA.



Mesti dah berpuluh koleksi 
 
Namun
masih banyak yang buat kita tetap sama, jika tidak,  mungkin tak sejauh ini kita masih bertahan bersama :D




Sejauh  Kuala Lumpur - Lumut - Kuala Lumpur


Miss you,
alia zarfullah

Thursday, May 12, 2011

Teratak untuk kita




Kita pasti akan dijemput

Maha suci Allah yang menciptakan manusia dan segenap isi alam.. Ingatkah kita akan janji janji Allah? Sedang kita hanyut mengejar kemewahan dan kebahagian dunia, akhirat jualah tempat kita. Mudahan kita tergolong dikalangan org2 bertakwa. Amin...





Tiada yang kekal melainkan Allah yang maha Esa.dariNya kita datang dan kepadaNya jualah kita kembali.


"Harus diingat kita hanya musafir yang didatangkan hanya sementara dan pasti akan dijemput untuk pulang.."

             

Wednesday, May 11, 2011

Selamat Malam




Untuk yang pertama kali-nya mengepos lagu dari you-tube.
Enjoy.


Tiada Yang Sempurna


Bagaimana kamu???



Maaf,  tidak pada saya..
kerana masih banyak yang perlu diperbaiki dalam mencari identiti sebenar ...
hari ini dan esok juga tak mungkin..tapi mungkin inilah permulaan.