Sunday, February 26, 2012

Dosa-Dosa Yang Menutup Pintu Hati

     Mengapa hati kita tidak takut kepada Allah S.W.T? Kenapa hati kita tidak gerun dengan neraka dan rindukan syurga Allah S.W.T? Mengapa hati kita tidak kusyuk dalam solat?
     Pernahkah persoalan itu timbul dalam fikiran kira? Tentunya ada apabila hati kita dilanda keresahan dan kegelisahan. Mengapa? jawapanya ialah kerana telah terhijab oleh perbuatan dosa yang kita lakukan setiap hari.
     Tidak kiralah dosa terhadap Allah S.W.T atau dosa kita sesama manusia. Memang dianjurkan di dalam islam supaya kita selalu mengenang dosa-dosa kita yang lalu agar kita boleh memperbaiki diri kita dengan selalu bertaubat. Pintu taubat terbuka seluasnya bagi kita yang mahu menjadi muslim yang bertakwa dah suci dari dosa-dosa lampau. Betapa ruginya kita andai masa yang kita lalui dari kesempatan yang Allah S.W.T berikan ini kita sia-siakan tanpa beramal soleh. Akan tiba saat kematian yang pasti dan telah Allah janjikan ke ke atas semua makluk. Justeru pernahkah kita terfikir apa yang akan kita bawa sebagai bekalan ke hari akhirat?
      Mudah-mudahah kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lalai kerana sesungguhnya demi masa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh.



Saturday, January 28, 2012

Masa Yang Kian Berlalu

Antara sedar atau tidak, inilah yang dikatakan takdir.
Memilih atau terpilih yang pasti ia bukan lagi kenyataan
kerana masa yang berlalu hanya meninggalkan kenangan dan penat lelah pengorbanan yang tiada kesudahan..hakikatnya kuasa perlu ada untuk menangani sikap2 bongkak manusia..malah jauh sekali mengucapkan ungkapan maaf. Yang pasti harta belum menjamin kesenangan, begitu halnya dengan rasa selesa. Tapi sejauh mana dirasakan kekayaan mampu memberi anda kebaikan..pergilah kerana sememangnya sudah kehendak mereka yang menentukan. Dengan kekayaan, anda mungkin mampu memiliki segalanya tapi belum pasti mampu memperolehi kebahagian, jauh sekali iman dan takwa. Carilah sebaik mana yang anda mampu. 

Saturday, January 14, 2012

Petanda-petanda Hampirnya Kiamat


Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
 

Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”