Tuesday, March 12, 2013

SEMOGA DIPERMUDAHKAN

Alhamdulillah..bersyukur pada Allah kerana masih diberi kekuatan meneruskan kehidupan meskipun pelbagai ujian yang datang.Saban hari hidup ini semakin mencabar dengan pelbagai ragam dan karenah persekitaran yang kadangkala boleh mematahkan semangat.
Namun apabila kita cekal dan tabah insyallah Allah akan sentiasa bersama..
Syukur pada Allah,apa yang aku impikan selama ini bakal menjadi kenyataan..niat mahu menjejakan kaki dan berbakti di tanah saudara islam lubnan bakal menjadi kenyataan..mohan ketetapan dan rezeki ini agar sentiasa tercurah sehingga semuanya benar-benar menjadi kenyataan..ya Allah...pada mu aku serahkan jasad dan jiwa ini moga engkau berikan aku perlindungan dan kekuatan dalam melaksanakan amanah ini.sesungguhnya ajal dan maut ini hanya engkau yg maha mengetahui..segala yang baik itu adalah dariMu.
Jauhkan segala keburukan dan kepayahan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dan berikanlah aku kecekalan.Hanya kepadaMu aku berserah...

MALAYSIAN COMPANY (MALCOY) 9 LEBANON



Sunday, February 26, 2012

Dosa-Dosa Yang Menutup Pintu Hati

     Mengapa hati kita tidak takut kepada Allah S.W.T? Kenapa hati kita tidak gerun dengan neraka dan rindukan syurga Allah S.W.T? Mengapa hati kita tidak kusyuk dalam solat?
     Pernahkah persoalan itu timbul dalam fikiran kira? Tentunya ada apabila hati kita dilanda keresahan dan kegelisahan. Mengapa? jawapanya ialah kerana telah terhijab oleh perbuatan dosa yang kita lakukan setiap hari.
     Tidak kiralah dosa terhadap Allah S.W.T atau dosa kita sesama manusia. Memang dianjurkan di dalam islam supaya kita selalu mengenang dosa-dosa kita yang lalu agar kita boleh memperbaiki diri kita dengan selalu bertaubat. Pintu taubat terbuka seluasnya bagi kita yang mahu menjadi muslim yang bertakwa dah suci dari dosa-dosa lampau. Betapa ruginya kita andai masa yang kita lalui dari kesempatan yang Allah S.W.T berikan ini kita sia-siakan tanpa beramal soleh. Akan tiba saat kematian yang pasti dan telah Allah janjikan ke ke atas semua makluk. Justeru pernahkah kita terfikir apa yang akan kita bawa sebagai bekalan ke hari akhirat?
      Mudah-mudahah kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang lalai kerana sesungguhnya demi masa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh.



Saturday, January 28, 2012

Masa Yang Kian Berlalu

Antara sedar atau tidak, inilah yang dikatakan takdir.
Memilih atau terpilih yang pasti ia bukan lagi kenyataan
kerana masa yang berlalu hanya meninggalkan kenangan dan penat lelah pengorbanan yang tiada kesudahan..hakikatnya kuasa perlu ada untuk menangani sikap2 bongkak manusia..malah jauh sekali mengucapkan ungkapan maaf. Yang pasti harta belum menjamin kesenangan, begitu halnya dengan rasa selesa. Tapi sejauh mana dirasakan kekayaan mampu memberi anda kebaikan..pergilah kerana sememangnya sudah kehendak mereka yang menentukan. Dengan kekayaan, anda mungkin mampu memiliki segalanya tapi belum pasti mampu memperolehi kebahagian, jauh sekali iman dan takwa. Carilah sebaik mana yang anda mampu. 

Saturday, January 14, 2012

Petanda-petanda Hampirnya Kiamat


Rasulullah s.a.w telah menjenguk kepada kami semasa kami sedang ingat meningati satu sama lain, lalu Baginda s.a.w bertanya: "Apa yang kamu ingat mengingatkan itu?" Kami menjawab:"Kami mengingati perihal hari kiamat dan saat berlakunya"; Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya saat kiamat tidak akan berlaku melainkan setelah kamu melihat sebelumnya sepuluh alamat." Lalu Baginda s.a.w menyebut alamat atau tanda-tanda itu iaitu: Asap, Dajal (orang yang menyembunyi dan mengubah keadaan perkara-perkara yang benar dengan perkataan dustanya atau perbuatan sihirnya) Dabbatul-Ardh, terbit matahari dari pihak masuknya (dari pihak barat), turunnya Nabi Isa anak Mariam, dan Ya'juj wa Ma'juj…"
 

Kelebihan Mukmin Dan Kekurangan Kafir


Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang-orang mukmin, pahala kebajikannya disimpan Allah Taala untuknya di akhirat kelak serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya.”
 

Wednesday, September 7, 2011

Bosan, Mengantuk, Penat...

Takde keje tangan pun mula gatal..pe lagi, connect je mana nak? Dlink, Stbd Groundfloor, Port Groundfloor..pilih mn laju sbb tak pyh bayar pun, semua free...Biasa la, free wifi..majikan tlg bayar. Tp pls jangan ada yg menyalahgunakan sudah sampai datang keje ber-poker dari pkl 8 smpi blk...berani ckp sbb aku tak main, bkn nak tunjuk baik..tp daun pun tak kenal satu haram..... Bila dah online takde lain FB, YM, Youtube n mcm2 seumpamanya..Tapi Awas! laman web lucah ditegah sama skali..kantoi go to sel lah lu!.

pkl 5 semua caww cincaww..panassss je telinga bl ada yg ajak blk. Mentang2 aku duty! hampehh,blh sindir2 plak.  Tp takpe yg penting internet server jgn prblm. klu tak, mati bosan la aku...tempat paling clear nak online mn lagi klu tak meja yg selesa n terselindung.



Takde pe nak buat, update lah blog sendiri..nak tg pkl 8 pagi bsk, rasa macam nak putar je jam kat tgn.. apa pun sabar je lah...yg pasti hari ni, takde mamak, takde snooker, takde lah roti canai telur n teh tarik kurang manis.. :))


  

Saturday, September 3, 2011

Letak jawatan

Jika ada seseorang yang boleh mengantikan semua kerja-kerja saya, silakan...kerana sy telah melakukan semua tugasan dengan sebaik mungkin. Jika ada yang lebih baik dari itu, kenapa harus disia-siakan, berilah sepenuh kepercayaan sebagaimana anda berikan kepada saya. Saya cuma pekerja bawahan yang hanya mendengar arahan dan keputusan Big Bos!! bila bos besar sudah mula bersuara maka saya juga mula sedar betapa melantongnya kerja2 saya selama ni...wlu pun kecewa sbb bonus hujung tahun yang ditunggu2 hampir 4 tahun lps masih tak dapat, tp sy msh bersyukur kerana dapat berkhidmat dengan anda selama ini. Thanks for everything sir n madam..:))..surat perletakan jawatan akan menyusul jika saya masih dipinggirkan dan saya tidak akan pernah sekali-kali merasa itu tindakan yang salah n silap.